TEKNIK CAT AIR

TEKNIK CAT AIR
Catan teknik basah atas basah
BASAH ATAS BASAH
Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING
Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

                                                      Catan teknik kering atas kering

KERING ATAS KERING
Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.








PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL




PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.


GUBAHAN WARNA

Gubahan Warna


Gubahan Warna
Sewarna, warna harmoni dan warna penggenap


Kumpulan warna sewarna

                                                           Sewarna pada alam sekeliling

Gubahan warna di persekitaran

Warna Harmoni

1. Warna harmoni merupakan kumpulan warna-warna yang seakan-akan sama atau warna yang berada di dalam satu keluarga atau di dalam suhu warna yang sama.
2. Warna harmoni biasanya terletak bersebelahan atau berdekatan dalam roda warna.
3. Contoh kumpulan warna harmoni :
     i. merah, merah jingga, jingga dan kuning jingga.
    ii. biru, biru hijau, hijau dan kuning hijau.
    iii. biru, biru ungu, ungu, merah ungu dan merah
4. Warna-warna harmoni akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang.
5. Kebiasannya warna-warna harmoni digunakan dalam rekaan hiasan dalaman, corak tekstil, hiasan dinding dan sebagainya.


Kumpulan warna-warna harmoni

warna harmoni pada rekaan bunga yang bersuhu panas











Warna Penggenap
1. Warna penggenap pula merupakan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
2. Campuran warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
3. Pasangan warna penggenap ialah:
    i.   Merah dan hijau
    ii.  Biru dan jingga
    iii. Ungu dan kuning
4. Kombinasi warna-warna penggenap dalam sesebuah karya akan menimbulkan rasa getaran, suasana yang riang, kontra, seperti ada pergerakan.
5. Warna-warna harmoni juga sesuai digunakan untuk penghasilan logo, poster, kegunaan iklan dan sebagainya.

          kuning dan unggu

           hijau dan merah

             jingga dan biru
kumpulan warna-warna penggenap

warna penggenap gabungan jingga dan biru pada bunga dan langit



 

Sewarna1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.
2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi mendapatkan warna cerah.

Warna - Unsur-unsur Seni Reka


Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang    boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna
 
                 Roda Warna
Jenis-Jenis Warna

Warna Asas

   Warna asas - merah, biru dan kuning
 
Warna Sekunder
 
     
 
warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
     Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

      Warna Tertier
 
Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
    warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f.  merah unggu = merah + unggu
 

Banyak sekolah tersasar dalam membuat rancangan tahunan PSV

Dalam kajian rambang saya, didapati Rancangan Tahunan PSV (RTPSV) yang diguna oleh guru-guru PSV untuk tingkatan 2 dan 3 tersasar dari matlamat Sukatan dan Huraian Sukatan PSV. Kebanyakan RTPSV tingkatan 2 dan 3 masih mengajar Asas Seni Reka (ASR) seperti mana tingkatan 1. Sepatutnyaya pada tingkatan 2 dan 3 P & P adalah integerasi ARR dengan bidang-bidang Seni. Kelemahan ini adalah disebabkan:
1. Guru terlalu berpandukan beberapa buku rujukan yang tidak menepati sukatan, contoh buku terbitan Fajar Bakti.
2. Guru tidak meneliti Huraian Sukatan PSV semasa membuat Rancangan Tahunan.
3. Kebanyakan sekolah membenarkan guru bukan opsyen mengajar PSV.
4. Pembinaan Rancangan tahunan sebaiknya dibuat diperingkat negeri yang dikelolakan oleh guru atau JU yang bertauliah.

Implikasi:
1. PSV dianggap tidak penting.
2. Membosankan pelajar yang mengulangi perkara Asas
3. pembinaan item soalan yang tidak mengikut tahap.
4. kefahaman P & P guru longgar
5. Aplikasi PSV tidak terurus

pendidikan seni visual

pendidikan seni visual

Selamat Datang Ke Laman Seni

Bila Hati Berbisik

                                                Denai Hati Seorang Isteri

Sesekali hati berbisik
Indahnya hidup
Jika hati sejernih embun, setenang laut
Indahnya hidup
Jika maaf diberi tanpa dendam di hati
Indahnya hidup
Jika kau ada aku saling memberi,
Saling menerima seadanya diri
Namun
kau dan aku
Adalah dua insan berbeza rasa
Berbeza  pendapat dan cita-cita,
Dengan izinNya kita ditemukan
Di bumiNya bersama kita berpijak,
Di langitNya bersama kita berteduh
Berkongsi segala nikmat dan rahmatNya,
Mengharungi segala dugaanNya
Di dalam diriku ada ada dirimu
Di dalam dirimu ada aku,
Tanpamu, sepilah aku,
Tanpa diriku gerhanalah hidupmu,